Kegagalan Perniagaan

Dari pemerhatian saya, kegagalan seseorang usahawan kerana beberapa perkara, antaranya:-

Matlamat dan perancangan
Banyak mereka yang di luar sana tiada matlamat jelas apabila memulakan sesuatu. Semua perkara yang kita buat sepatutnya ada matlamat dan perancangan yang jelas.

Ilmu
Mereka juga kurang ilmu atau pengetahuan yg berkaitan spt sistem yg baik untuk mengatur operasi, ilmu ttg pemasaran yg berkesan, ilmu tentang mengurus pekerja (termasuk "people skill"), bagaimana menilai prestasi perniagaan dsb.

Tindakan
Punca lain yg menyebabkan kegagalan ialah tiada atau kurangnya tindakan. Adakalanya tindakan dibuat tapi tidak pada masanya. Semua masalah lain spt kekurangan modal atau pelanggan dapat diatasi jika tindakan dan usaha dibuat.

Motivasi
Satu lagi penyebab kegagalan ialah kurangnya motivasi untuk berjaya. Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk memotivasi diri.


Tips Perniagaan Dr. Azizan Osman

Assalamualaikum semua,

Semoga kita terus bersemangat melakukan apa yg kita sedang lakukan kerana tiada sbb utk teruskan sesuatu yg kita tak suka.

Kali ni saya nak ceritakan tips-tips dari Dr. Azizan Osman. Maaf, saya bukannya ejen pemasaran seminarnya tapi tak salah untuk belajar dari sesiapa saja dan berkongsi dengan sesiapa saja asalkan ia tidak memudaratkan atau merugikan pihak yang berkenaan, betul tak? Kita ambil semua yang positif dan tinggalkan yg negatif.

Mentor
Antara nasihat beliau ialah perlunya kita ada mentor yang terbukti berjaya dan  berkesan cara dia berkerja. Tak guna bertanya atau berguru dengan mereka yang hanya tahu teori yang berjela-jela tapi tak pernah pun mencuba ilmu atau teorinya. Masuk akal bukan? Ye la kan macam setengah orang kata, mentor atau guru kita dapat menunjukkan cara yg akan menjimatkan masa dan wang serta mengelakkan kita membuat kesilapan yg merugikan. Kadang-kadang kita rasa kita sudah cukup bijak dan tahu segalanya tapi akhirnya membuat juga kesilapan kerana kurangnya pengalaman dan ilmu pengetahuan tak pernah habis utk dipelajari sebenarnya.

Pemasaran
Dia kata, tak guna ada produk atau perkhidmatan terbagus di dunia sekalipun tapi tak ada orang tahu tentangnya. Jadi anda kena ada cara pemasaran yang betul dan berkesan agar orang-ramai tahu tentang kebaikan produk anda. Antara perkara-perkara yang dinasihat tentang pemasaran ialah:-
-memberi khidmat pelanggan yang terbaik agar ia mungkin disebar oleh pelanggan tentang kebaikan produk/perkhidmatan anda
- mengguna kad perniagaan sebaiknya-spt rekabentuk yg kreatif dsb
-memaksimumkan potensi media yang ada seperti blog, youtube dan juga alatulis seperti sampul surat, letterhead untuk sebarkan tentang produk/perkhidmatan anda
-sebarkan juga testimonial pelanggan yg berpuas hati dengan produk/perkhidmatan anda

Kuasa tindakan
Satu lagi yg saya dengar dia cakap ialah tentang kuasa tindakan. Idea, angan-angan atau perancangan sebagus mana sekali pun tak memberi apa-apa makna sekiranya kita tak memulakan dan bertindak.

Itulah antaranya dan ada byk lagi sebenarnya, kalau nak tahu lebih lanjut sertailah seminar dia. :) Sama-sama kita belajar dan terus belajar.


Perkara asas sebelum memulakan perniagaan

Sebelum anda membuat keputusan untuk memulakan perniagaan, beberapa perkara yang perlu diketahui atau dibuat. Biasanya perkara-perkara ini ditulis sebagai Perancangan Perniagaan ("Business Plan"). Walaupun ada yang menasihatkan agar ia ditulis dengan jelas, terpulanglah kepada anda hendak menulisnya atau tidak kerana tiada siapa yang dapat memaksa cara anda bekerja bukan?Antara perkara-perkara penting ialah:-


  • Produk atau perkhidmatan untuk diniagakan
Biasanya produk atau perkhidmatan yang dipilih ialah sesuatu yang diminati dan usahawan itu mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Walau bagaimanapun banyak juga perniagaan yang agak mudah untuk dijalankan dan tidak memerlukan kursus untuk menjalankannya(spt menjual air minuman dll).


  • Modal
Duit tentulah perkara paling utama dalam perniagaan bukan? Anda perlu tahu berapa yang diperlukan untuk beberapa jenis perbelanjaan:-
i) Perbelanjaan modal- beli mesin, kenderaan, dll

ii) Perbelanjaan operasi - beli stok, petrol, sewa, bil telefon, letrik, air, penghantaran dll

iii) Deposit (sewa dsb)

Modal ini biasanya dari duit simpanan sendiri (sila google "bootstrapping a business" utk maklumat berguna), pinjaman saudara-mara atau pinjaman bank dan ajensi kerajaan (MARA, Tekun dll).

Sekiranya anda tidak mempunyai modal sekali pun anda masih boleh memulakan perniagaan dgn cara kreatif yg anda fikirkan (cara yg legal la :) ) atau boleh dptkan pelbagai maklumat mengenainya online.
  • Tempat operasi
Adakah anda memerlukan premis, bilik pameran atau setor? Mungkin juga anda dapat beroperasi dari rumah saja di peringkat permulaan.

Zaman skrg ni anda tak perlu pun premis, kedai atau gerai utk berniaga, boleh saja berniaga secara online (kecuali jenis perniagaan tertentu spt restoran :)  ).

  • Pemasaran
Perkara-perkara yang anda kena fikirkan antaranya penjenamaan, bagaimana mengedar produk anda, harga, promosi atau pengiklanan produk atau perkhidmatan anda.
Sebagai contoh, bagaimana anda hendak mengiklankan tentang produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan? Sekarang ini pelbagai saluran yang dapat anda gunakan bergantung pada bajet anda malah ada juga yang tidak melibatkan kos pun. Antara media yang ada:-
-Surat khabar, majalah
-Internet(email, blog, website, forum dll)
-Flyer, broucher
-Bunting, banner
-Surat, poskad
-SMS, MMS
-TV, Radio
-Kawan-kawan atau saudara- mara ("mouth to mouth")
  • Pendaftaran perniagaan anda
Anda mempunyai 3 pilihan bentuk pendaftaran :- (i) Milikan tunggal("sole-proprietor") (ii) Perkongsian (iii) Syarikat (biasanya "Sdn. Bhd."). Untuk daftar sebagai milikan tunggal atau perkongsian anda boleh melakukan sendiri di pejabat SSM berdekatan. Tapi untuk mendaftar atau menubuhkan sebuah syarikat "Sdn. Bhd." anda memerlukan seorang setiausaha syarikat yang berlesen.
  • Hal-hal pengurusan lain
Hal-hal pengurusan seperti akaun perniagaan(rekod jualan, wang keluar-masuk dll), cukai pendapatan, EPF, SOCSO (jika mempunyai pekerja), cukai perkhidmatan, Dewan Bandaraya atau Majlis Daerah dll.

Sebenarnya jika sekali fikir utk berniaga mudah saja, anda tawarkan barang atau khidmat pada harga yg melebihi kos yg anda belinya. Tak kira di mana saja dan medium apa pun. Mudahkan? Tapi org kata "it is simple but not easy". Utk mencapai sesuatu anda harus memulakan tindakan dan terus berusaha tanpa putus asa. Kalau tak memulakan apa2 macamana nak dapat hasil? Mulakanlah biarpun langkah kecil.



Perkhidmatan-Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan dan juga usahawan-usahawan sedia ada:-

1) Penubuhan syarikat , pendaftaran perniagaan/perkongsian
2) Setiausaha Syarikat
3) Penyediaan akaun 
4) Audit Penyata Kewangan (utk "Sdn. Bhd." dll)
5) Cukai korporat dan indvidu
6) Permohonan pinjaman perniagaan
7) Permohonan geran kerajaan 

Pertanyaan atau perkhidmatan hubungi -
H/P atau  e-mail :